About Me

My photo
They call me Sierra Sunny. I'm nothing special but I'm limited edition . I'm no model lady. A model's just an imitation of the REAL thing. I am a free human being with an independent will.

Tuesday 6 December 2011

5 Cara Untuk Kamu Tinggalkan Si Dia


1 - Tarik diri dengan cara baik. Mungkin kamu boleh jarakkan diri daripada dia dengan mengurangkan menghubungi atau berjumpa dengannya.

2 - Pastikan kamu tidak memulakan persengketaan untuk melepaskan diri daripada si dia. , mungkin kamu boleh bercakap dengan lembut dan minta si dia memahaminya.

3 - Berikan alasan yang kamu tidak dapat meneruskan perhubungan ini kerana mendapat tentangan keluarga. Cara ini memudahkan kamu untuk tidak meneruskan hubungan dan si dia akan cuba menerimanya dengan baik.

4 - Beritahulah kepada keluarga kamu akan hal ini. Mungkin keluarga kamu mempunyai cara untuk memastikan kamu dengan si dia tidak meneruskan hubungan.

5 - Atau kamu mungkin boleh mendiamkan diri , menukar nombor telefon atau apa saja yang memboleh kan si dia mencari kamu. Boleh memberi ruang untuk si dia melupakan kamu.

Banyak lagi cara yang boleh dilakukan. tetapi apa yang penting , janganlah kamu tinggalkan begitu drastik , si dia juga ada perasaan , walau siapa pun yang salah , tetapi kita pernah hidup bersama kan , suka duka sama sama , jangan lah selepas berpisah anggap si dia mcm tak pernah wujud kan. Buat apa berpisah dengan cara tak baik , dunia ini kecil , kalau tak diselesaikan dengan cara baik , adakah kamu perlu larikan diri daripada nya setiap kali kalau tersempak dimana mana ? just be like other friends. Kenangan itu manis untuk diingati , biar yang gembira mahupun duka. Itu semua anggap kan pengalaman. Think positive. Hidup ini panjang lagi untuk ditempuh :D


No comments:

Post a Comment