About Me

My photo
They call me Sierra Sunny. I'm nothing special but I'm limited edition . I'm no model lady. A model's just an imitation of the REAL thing. I am a free human being with an independent will.

Tuesday 17 May 2011

Friendship Never End

Friends are forever , it's a love that never dies. True friends are for always , through your smiles and your cries. A friends will never leave you until the end of time. It's a love that last forever. But it never costs a dime.

Nurul Fatihah , thanks for making my life so wonderful :)
mari layan gambar :D

 

and , and , and . . . :D
My First and Last <3
<3 My Barney <3
(nak interframe jugak hee)
My Soopa Doopa BFF ever haha. Pemilik hati lah :D




Gerakan jari , punya makna ? Gigit kuku ?

tahu tak , pergerakan jari boleh mencerminkan personaliti seseorang apabila bermain dengan jari ? kita boleh kenal dia serba sedikit. Nak tahu ? Jom baca. sesuailah kalau nak perhati bf/gf :) haha

MEMATAHKAN JARI JEMARINYA :)
Kalau duduk dengan mereka mereka yang sering mematahkan jari jari , mereka sebenarnya seorang yg GUGUP dan KURANG YAKIN untuk berbicara dgn orang lain. Kurang keyakinan diri adalah masalah utama bila mereka berhadapan dengan orang lain. Namun mereka seorang yang ADIL , baik hati dan SEDIA MEMBANTU sesiapa sahaja.

MENGIGIT KUKU :)
Ouch ! Ini adalah tabiat sesetengah orang. Pantang dibiar mesti nak gigit. Mereka ini seorang KELAM KABUT. Tidak pandai urus masa. sering PELUPA. Mereka juga dilihat gugup apabila berbicara. dan sukar bertentang mata. Mereka juga perahsia. (haish banyak muslihat di belakang ni hee~)

MENONGKAT DAGU :D
Siapa sangka si penongkat dagu ni adalah seorang PENDENGAR YANG SETIA. Jangan risau kerana rahsia selamat ditangan nyaa. Mereka suka mendengar masalah dan cerita teman-teman dan SANGAT SETIA dalam persahabatan.Wah bagus dapat kawan yg tabiatnya sering tongkat dagu ketika mendengar :) Namun mereka jenis CEPAT BOSAN dan KEDEKUT sedikit. Mereka juga seorang jimat cermat.


SUKA LETAKKAN TANGAN ATAS MEJA :)
Mereka sebenarnya 'HAPPY GO LUCKY' dan pandai cuba sesuai diri dgn keadaan.Mereka 'cool' , jarang sekali panas baran.Disenangi ramai , namun mereka agak suka BERGANTUNG PADA ORANG LAIN dan tidak pandai berdikari.

KIta takkan dapat mengenali seseorang sampai akhir hayat pun , semakin lama kita megenalinya , semakin kita rasa kita baru mengenalinya kerana kita akan kenal perangai perangai barunya. Namun kitalah teman yang paling memahaminya :) Praktiskan , cuba kalau kita sedang mendengar mahupun bercakap , cuba perhatikan gerak geri seseorang itu , anda akan nampak sedikit sebanyak perkara yang anda tak pernah nampak dalam dirinya. Ha ' contoh mcm pergerakkan jari ni , ini adalah perkara yang sangat simple dan kadang kita mmg tak perasan pun kan. Dalam diam anda boleh nilai teman kita tanpa disedari :)
gambar sampingan :D btw , i <3 you :D

Sunday 15 May 2011

Semangat Terbakar :)

adab memberi pendapat :) tak semua orang bernasib baik mcm kita , namun jika kita adalah tempat dia meluah perasaan , berkongsi ceritera maka jangan lah kita sesekali buat dia berasa tak selesa dengan nya. sayangi teman teman anda selagi mereka masih ada :) hee. okay . jika dia menceritakan kisah saat jatuhnya dia , jangan lah kita mengesali perkara yang lepas , sementara emosi dia masih okay , just say " okay lah tu , nanti cuba lagi" bagilah kata kata perangsang untuk dia terus ke hadapan. sepatah kata yang men"down"kan dia , berpatah patah hati nya terpatah semangatnya.

mmg lah ada sstgh orang kata "eh saya seorang yg jujur dan sangat berterus terang sy hanya beritahu yang sebetulnya" okay betul lah tu TAPI , cara kena betul , contohnya , terus terang apa yg dia kena buat utk masa akan datang , tanpa mengesali masa lepas , jangan lah , "mcm mana boleh jadi mcm nie ? kenapa kau mcm nie ? mana boleh mcm nie ? comfirm tak boleh nnt" tu lah ayat patah semangat.(bergantung pada situasi) makanya sebelum berkata apa apa fikir dulu , ataupun diam sahaja. kan lebih baik dari buat orang terasa.
nyummyyy :)
Lumrah dunia , kita tak selalu di atas , tak selalu dibawah , makanya jangan anggap orang gagal tu tak boleh berjaya. mcm Kfc punya cerita , Papa Colonel , dulu recipe beliau tak dipandang , atas usaha sendiri tengok , sapa tak kenal KFC ? suma tahu kan ? begitu lah . . . kadang , boleh jadi orang yg gagal itu lebih berjaya dari orang yg mematahkan semangat. tapi , orang yg terpatah semangat tu , banyakkan bersabar , adat lah kalau dah dibawah kan :) bialah manusia tiada yg sempurna. dua dua pihak masing masing kena belajar memahami orang lain :)
Percayalah baik atau buruk semuanya pasti berbalas :) Selamat beramal ! hee :) assalamualaikum~

Tidur . . .

apa perasaan jika tidur kita diganggu ? tak rasa bersalah ke sedar kan orang tidur oleh kerana benda yang ... yang sangat remeh dan ibarat kalau tak dikejotkan pun takpa. Bayangkan kita tengah tidur sedap , kita tgh penat , elok dah dapat tidur yang enak , pupp org kejot suruh tutup tingkap kereta , pupp orang kejot sbb nak cakap terima kasih , pupp orang kejot panggil terlolong sbb nk bg barang yang tak bpe nak penting , geram kan ? sesetengah orang pasti merasa , dari elok okay dengan orang tu terus rasa menyampah. yela mcm geram la , benda nyaaa alahaiii . . contoh suruh tutup tingkap tu , orang lain pun boleh buat kan ?

tak salah rasa nya kalau kita menghormati orang yang tidur. sekurang kurang nyaa kita pun akan dapat balasan mcm tu. dunia ini adil. kalau mmg cara hidup kita jenis tak kisah orang , cakap kuat kuat kelentung kelentang , fikir lah tak semua hidup mcm kita. ada orang tak boleh terima. bayangkan orang dah rasa menyampah tak suka gara gara terkejot dari tidur dgn cara mcm tu ? tak berbaloi kan ? sbb bnda kecil. nak salah kan si tidur , sbb suka amek hal bnda remeh , tak boleh juga , sbb benda ni pun remeh utk si pengejot tu. seboleh nya tak perlu ganggu orang tidur utk benda yg remeh. kesian tau. sebolehnyaa cari lah inisiatif lain :) orang yang tengah tidur ibarat dia sedang berada ditempat lain ,

ohhh dan satu lagi ! kalau kejotkan orang dari tidur , cuba lah panggil nama si tidur baik baik , slow slow , jadi si tidur nak bangun pun sedap hati , bangun tidak teremosi , ya utk panggilan pertama. bila nampak dia dah gerak gerak dah sedar , tapi dia tidur balik , time tu nak kuat kan suara , takpalah sbb time tu si tidur pun pasti boleh terima sbb salah dia yang taknak bangun , sbb tu orang bising. orang yy bangun dari tidur dah teremosi , moody boleh effect sampai beberapa jam , spoil mood . Jadi , cubalah fahami situasi orang lain utk orang pun faham kita. Percayalah baik atau buruk , apa kita buat semua berbalas :) Selamat beramal ! hee :D

Gelabah punya cerita

Yea gelabah / panik tak dapat bantu apa apa. Mungkin hanya menyukarkan lagi keadaan. Cuba tarik nafas , tenang , sabar , relax. Ya , diri sendiri pernah mengalami saat saat panik dimana , setelah syiok berjalan sakan bersama MR.Right huha sana huha sini di Sunway Pyramid , bila nak balik ... uhhh..

pergi parking - masuk kereta - start enjin - tukar gear R - keluar dari parking tiba tiba pupp mati enjin. chill lagi , start elok elok tak hidup. chill lagi sbb dah biasa dah , try start lagi tak hidup lagi , try lagi ' bismillahirahmanirrahim amek kau tak berbunyi terus. oh okay ini sangat relax. lalu terdiam seketika.

Selepas itu , "PIN!!PIN!!PONNN!!PONNNN!!PIN!!PON!!PIN!!PON!! kereta dibelakang membuat pancaragam terhormat dengan alunan rentak yang menyakitkan. Uhh , lalu nafas ditarik sedalam mungkin , dan MR.Right keluar dari kereta jadi pengawal parking tidak berbayar seketika. Macam macam reaksi muka driver driver yg lalu , adalah sedikit laluan memboleh kereta lalu juga utk keluar memandangkan kereta saya telah menganggu perjalanan mereka.

Dalam hati sangat panik , namun saya berjaya mengawal kepanikkan dengan banyak berdiam dan berfikir. sabar , relax, tak lama lepas tu pengawal yang berbayar pun menghadirkan diri secara tiba tiba mungkin kerana alarm kereta yg tak henti henti memecah kesunyian tempat parking.
ikotkan hati gelabah tak terkira , dengan bunyi alarm yg ntah kenapa tknak berhenti , dengan kereta dah ganggu jalan orang , dengan dah nak malam nyaa , dengan dah kena marah dengan ayah nya , dengan kena hadap muka muka kerek orang dalam kereta yg nak lalu tu , mmg sangat menguji kesabaran. pegang je lah istilah , orang yang bersabar mmg banyak dugaan. namun selepas itu pasti kesabaran dapat membuahkan hasil. akhirnya semua settle dengan bantuan mekanik yg taktahu datang dari mana , elok suma selesai , pulanglah dgn selamatnya.

Percaya lah baik atau buruk , apa kita buat semua berbalas ! Bersabar juga , pasti ada yang baik utk kita , malah lagi besar balasannya. Dan lagi baik ingatlah Tuhan itu ada je nak dengar rintihan kita. Selamat beramal ! hee :D

Sierra tiba-tiba rajin :)

gambar takda kena mengena :p
Hye hye . haha. kerna kebosanan tahap melampau bagai katak menanti nyamuk , maka terwujud blog yang tidak diundang ini. Ingin berkongsi cerita , hari hari ada cerita takut sampai ke tidur tidak henti bercerita. tapi sedikit sebanyak blog ini akan dimanfaat ketika keboringan mendatang , kerajinan mengundang :) Nothing special about me , I'm just a simple girl :) Oh lupa nak perkenal diri disebalik nama samar-samaran nya :) Nama diberi Nazatus Sierra Binti Muhammad Sani . Bukan Naz mahu pun Atus , tidak Naza mahu pun Ria , panggil Shiera jangan Nazatus , nanti tak pandang nanti tak sedar :) terberpantun pulak. Saya kaklong dari 3 adik-beradik , sorang adik perempuan , sorang lagi adik lelaki. Adik lelaki sorang mcm ada 10 orang perangainyaa. Okay dah. Rasa mcm dah tak rajin dah :) ketemu lagi , assalamualaikum ~