About Me

My photo
They call me Sierra Sunny. I'm nothing special but I'm limited edition . I'm no model lady. A model's just an imitation of the REAL thing. I am a free human being with an independent will.

Saturday 10 December 2011

Hilangkan perasaan itu !

Kenapa begini ? :'( awk , saya tak pernah kan buat awak rasa terganggu , mengapa perlu bercakap tentang saya kawan ? :'( saya tak pandai nak berbalas . tak pandai nak berbalah. Apa kata buang yang keruh ambil yang jernih ? Tak tertekan dan terganggu kah dengan perasaan tak suka lah , benci lah , kan stress ? Think positive. Saya ada hidup saya sendiri , yang tidak mengganggu orang lain. Kalau tak suka , elak kan dari berjumpa , bertemu atau tersempak dgn saya dimana sahaja tak kira dalam alam realiti (luar) ataupun alam maya (fb).

Hye , assalamualaikum :D
Ya , manusia memang sentiasa ada perasaan tidak puas hati. Lumrah kehidupan. Tiada itu , mahukan itu , tiada ini , mahu kan ini. Tak berpuas hati dengan kekurangan diri itu tidak mengapa , sekurang kurang nya ada sedikit usaha dalam peningkatan diri , tapi jika tidak berpuas hati dengan orang , bagaimana pula ? Hermm , mari bual kan :D

Tidak puas hati banyak tafsiran yang boleh dihujahkan. Tak puas hati bab lain boleh dibincangkan , yang bab dengki , iri hati , haihhh mcm mcm sekarang , banyak betul post status talk about other people. Mengapa ? Kadang tersenyum sendiri membacanya , Rasanya lebih bagus buat status diri sendiri , "aku makan ayam hari ini ini" , aku pergi sini hari ini , aku pergi sana haritu , saya buat ini hari , saya buat itu hari tu , ataupun mutiara kata atau unsur nasihat yang boleh di share kan. Berbeza pula yang ini , "wei perempuan kau bla bla bla , wei bf aku tuuu , wei , wei , wei, dan seangkatan dengan nya. Berbeza kan ? Anggapan orang pun lain kan ? Fikirkan :)

"Perempuan" memang tak lari dari perasaan iri hati , dan kadang tu , iri hati itu boleh sampai tahap hasad dengki , gaduh , benci , macam-macam lagi. Let me share. Sbb sierra juga perempuan :) Mungkin boleh jika ada terwujudnya perasaan perasaan syaitan itu , diam kan diri. Berdiam itu lebih baik dari berkata kata. Kadang kata-kata orang beremosi boleh buat orang lain terguris , sedangkan bukan itu makna kita kan ? :) Luah dekat laman sesawang facebook , facebook tidak mampu membantu apa apa pun. Cari someone untuk dengar cerita awak. Lega rasa hati , terpelihara pandangan terhadap diri.

Penat kan perlu benci , geram , marah lama lama , hanya buat diri tertekan , ya sangat kelakar kalau orang tu taktahu pun kita benci , geram , jealous , buat penat kita jee =,=" dalam kata lain " gelabah sorang sorang". orang lain relax je , tak fikir dia pun.

Tak payah lah ada rasa mcm tu. Apakata mcm nie , kalau kita tak puas hati dengan diri kita , kita buat apa ? Kita cuba improve diri kita kan ? Jadi , kalau kita tak puas hati dengan orang yang lebih lebih daripada kita , cuba kita improve diri kita lebih baik dari diri nya. Kan lebih senang ? Hasil pun ada. Takda lah gelabah sorang2 kan ? hee. Bukan tujuan untuk menunjuk , melawan siapa yang lebih baik , bagus semua , tetapi fikir lah ke arah yang lebih positif , baiki kekurangan diri , keyakinan diri , personaliti terjaga , pandangan orang terhadap kita pun bersih ,

Entry kali ini bukan utk sesiapa , mahupun dituju kepada sesiapa , empunya blog ini pun masih banyak kekurangan diri , shra pernah tak suka orang , orang tak suka shra , ada niat tak baik , semua itu berbalas. Sekarang alhamdulillah , semakin matang dengan pengalaman , itu semua mampu dikawal kini. Pengajaran yang shra dapat , kalau nafsu menguasai diri , manusia memang akan jatuh. Guna akal diberi , fikir. Fikir panjang. Insyaallah yang baik baik saja hendaknya. Amin.


Salam ikhlas dari saya Sierra Sunny <3

Tuesday 6 December 2011

Ops ! Teman Lelaki Psiko ?

gambar hiasan

Bercinta dengan lelaki psiko ? oh tidak ! Bagi yang mempunyai pengalaman bercinta dengan lelaki seperti ini pasti akan berasa serik. Apa tidaknya , kehidupan kamu seperti diselubungi misteri. Apakah kamu sanggup meneruskan hubungan dengan lelaki seperti ini sedangkan kamu tahu apa akibatnya ? Jom kenali lelaki sebegini ! :D

1- Tidak menunjukkan sikap sebenar
Lelaki jenis ini akan cuba memikat kamu dengan menunjukkan 
kebaikannya terlebih dahulu sehingga kamu merasa dialah lelaki 
yang paling sesuai untuk kamu. Pandai pula dia mengambil hati , 
menghulur bantuan sehingga tidak tercuit langsung sikap negatif 
di hadapan kamu. Hati - hati girls :D


2- Manis mulutnya
Alahaiii .. for your information , lelaki jenis ini 
mempunyai sifat manis di mulut. Bak kata orang , 
lembut gigi dari lidah dan kamu boleh terlentok 
dengan setiap patah perkataan dari
 mulutnya. Jangan lah cepat cair mair ~


3- Pandai berlakon
Mereka  mempunyai dua personaliti. Mereka 
boleh berubah watak menjadi yang paling 
penyayang kepada paling agresif.


4- Setiap pergaduhan membawa kecederaan
Si dia selalu curiga dan menuduh kamu 
bukan bukan. Meski pun kamu sudah 
berterus terang dia tidak menerima. 
Si dia juga sudah mula pandai angkat 
tangan. Sepatutnya dia melindungi , 
bukan memperlakukan kamu seperti tu.


5- Maki hamun
Lelaki yang tidak mempunyai 'insurans' 
harus ditinggalkan dengan kadar yang segera ! 
Jika perkataan yang lahir dari bibirnya 
mengandungi unsur kasar , memang sah lah
si dia tu lelaki psiko. 


6- Panas baran
Katakan tidak kepada si panas baran ! 
dia akan melakukan apa saja
 asalkan hatinya puas. Elakkan lelaki seperti ini.


7- Mencederakan diri
Taktik lapuk si dia. Si lelaki psiko pasti 
akan mengugut untuk mencederakan 
diri jika kamu minta dilepaskan. 
Dengan cara ini kamu pasti tidak 
sampai hati. Kerja gila ini.


8- Fikir bukan bukan
Lelaki seperti ini suka membayang kan 
yang bukan bukan , dia akan terus menerus
 berfikir kamu dgn lelaki lain , berfoya
 sana sini , lebih lagi jika kamu tidak
 menghubunginya. Kamu katakanlah
 apa saja yang benarpun mereka 
tetap dengan anggapan mereka.


Kata Penulis : Maka , perlukah teruskan jika tidak bahagia ? hidup untuk cari bahagia. Tetapi , jangan anggap semua lelaki sama , tidak semua lelaki psiko. Jika kamu berhadapan dgn lelaki psiko , psiko dia balik :D

5 Cara Untuk Kamu Tinggalkan Si Dia


1 - Tarik diri dengan cara baik. Mungkin kamu boleh jarakkan diri daripada dia dengan mengurangkan menghubungi atau berjumpa dengannya.

2 - Pastikan kamu tidak memulakan persengketaan untuk melepaskan diri daripada si dia. , mungkin kamu boleh bercakap dengan lembut dan minta si dia memahaminya.

3 - Berikan alasan yang kamu tidak dapat meneruskan perhubungan ini kerana mendapat tentangan keluarga. Cara ini memudahkan kamu untuk tidak meneruskan hubungan dan si dia akan cuba menerimanya dengan baik.

4 - Beritahulah kepada keluarga kamu akan hal ini. Mungkin keluarga kamu mempunyai cara untuk memastikan kamu dengan si dia tidak meneruskan hubungan.

5 - Atau kamu mungkin boleh mendiamkan diri , menukar nombor telefon atau apa saja yang memboleh kan si dia mencari kamu. Boleh memberi ruang untuk si dia melupakan kamu.

Banyak lagi cara yang boleh dilakukan. tetapi apa yang penting , janganlah kamu tinggalkan begitu drastik , si dia juga ada perasaan , walau siapa pun yang salah , tetapi kita pernah hidup bersama kan , suka duka sama sama , jangan lah selepas berpisah anggap si dia mcm tak pernah wujud kan. Buat apa berpisah dengan cara tak baik , dunia ini kecil , kalau tak diselesaikan dengan cara baik , adakah kamu perlu larikan diri daripada nya setiap kali kalau tersempak dimana mana ? just be like other friends. Kenangan itu manis untuk diingati , biar yang gembira mahupun duka. Itu semua anggap kan pengalaman. Think positive. Hidup ini panjang lagi untuk ditempuh :D


"Ratu Twitter yang Kreatif "


Bakat Shila dalam bidangnyanyian tidak dapat disangkal lagi. Ramai peminat diluar sana terhibur dengan klip video Shila Amzah di lama sesawang Youtube. Kata Shila - "sebenarnya Shila buat semua itu untuk suka-suka pada mulanya. Sampai sekarang pun Shila masih memuat naik klip video di Youtube. Tapi Shila buat begitu atas permintaan peminat. Kebanyakan peminat yang suruh sebab ada di kalangan mereka yang jauh misalnya dari Sabah & Sarawak. Maklumlah bila jauh mereka takdapat turun dan mengikuti setiap persembahan Shila. Jadi untuk mengubat duka mereka , Shila dendangkan lagu khas buat mereka di dalam Youtube.


Gelaran "Ratu Twitter" - Dalam media baharu seperti Facebook , Twitter , Youtube dan banyak lagi semakin mendapat perhatian. Bagi Shila sendiri  statusnya sebagai seorang penyanyi bukan penghalang untuk turut bersama mengaktifkan diri dalam laman sosial.
"Shila gilakan Twitter ! Kenapa ? Shila suka tweet orang lain dan buat hashtag. Shila suka layan peminat dalam Twitter sebab mereka pun suka layan saya. Hehehe. Kalau nak tahu Shila sebenarnya diberi gelaran "Ratu Twitter sebab Shila pernah buat 247 tweet dalam masa SEMINIT. 


PROFIL
NAMA PENUH: Nur Shahila Amir Amzah
NAMA KOMERSIAL: Shila Amzah
TARIKH LAHIR: 13 Ogos 1990
USIA: 21 Tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyanyi, duta produk
PENCAPAIAN: Naib Juara One In A Million 2 (OAIM2) 
ALBUM: Sha-hila (EMI 2005), OST 5 Jingga (EMI 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor - 2011)
SINGLE TERBARU: Patah Seribu (label Urustabil)
TALENTS: Coca-Cola, Walls Cornetto, Colgate, duta Tinge & Safi Balqis Perfect 10


10 perkara tentang Shila yang peminat tidak tahu :D

1 - tidur dengan gitar
2 - Ketagih Twitter !
3 - Suka memasak
4 - Tiada lesen kereta
5 - ada 26 ekor kucing
6 - talkaktive
7 - sudah mencipta 30 buah lagu
8 - berketurunan Jawa
9 - boleh bertutur dalam bahasa Mandarin
10 - cintakan Bruno Mars hehe :D






sumber : Remaja 1 Dis 2011

Monday 5 December 2011

Hijrah Diana Amir

Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Malah setiap perubahan itu pasti memerlukan satu tekad dan pengorbanan yang besar. Inilah yang dilakukan oleh pelakon kecil molek Diana Amir. Biar pun kerjaya pelakon menuntutnya untuk bergelumamng dengan dunia glamour , namun dia sanggup berkorban dengan mempetaruhkan kerjaya seninya demi melakukan satu penghijrahan dalam hidupnya.

"Saya sentiasa berdoa biarlah perubahan ini berpanjangan dan dari sehari ke sehari saya ingin terus berubah menjadi Muslimah yang sejati." -Diana Amir


"Setiap hari saya terfikir tentang mimpi-mimpi yang saya alami itu. Ia menguatkan lagi tekad saya untuk berubah dan memang benar , kini saya rasa lebih tenang. Bukan itu sahaja , saya juga rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah..." -Diana Amir

Thursday 1 September 2011

Sayang , Cinta , Rindu , Suka , Gembira




Apabila seseorang wanita itu sedang bersedih tapi tidak menitiskan airmata , 
bermakna dia sedang menangis di dalam hati nya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakitinya , 
lebih baik kamu berikan dia masauntuk menenangkan hatinya semula , 
sebelum kamu memberi ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang paling di benci tentang orang yang dia sayang. 
Sbb itu jika dgn takdir dia dapat tahu , 
dia mudah rasa patah hati dan kecewa.

Sekiranya seseorang wanita itu menyayangi lelakinya ,
maka lelaki itu sentiasa dalam fikirannya 
meski dia bersuka ria dia kawan lelaki lain.

Bila lelaki yang disayangi merenung tepat tajam ke anak matanya , 
dia akan cair seperti coklat.
"mata you cantik"

Wanita mmg sukakan pujian , 
tetapi tidak tahu untuk menerima pujian.
Tapi dia menghargai pujian itu.

Wanita suka meluahkan apa mereka rasa.
selain memerlukan seseorang utk meluahkan , 
mereka akan meluahkan dalam bentuk muzik, puisi,
atau pun tulisan sbg cara termudah 
utk melepaskan apa yg mereka rasai.

Cinta bererti jujur , setia tanpa sebarang kompromi.

Wanita sangat tidak suka apabila layanan kekasihnya , 
sama saja dgn layanan dia terhadap perempuan lain.

Semua wanita inginkan lelaki yang dicintai , 
mencintai sepenuh hati.

Dengan suprise indah dan manis , wanita mudah berasa terharu ,
dan merasakan diri ini dicintai sepenuh hati , 

Wanita terharu dgn usaha lelaki.

Sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita ,
kerana apa yang dia mahu adalah keyakinan cinta 
seorang lelaki itu terhadapnya.
Maka buktikan.


5 years still counting ~~
Pemilik Hati ,
MUHD NASRIQ NAZHA


Saturday 4 June 2011

Today is My Yellow Day :D

Setiap orang mesti ada favaurite colour kan ? Begitu juga dgn warna yang kita tak suka :) Sama lah shra. My favaurite colour is Red. Yea , Merah :) bagi shra merah nie warna warna berani , yakin dan merah itu cantik . shra mula sedar yang shra suka warna merah sejak shra perasan yg shra asyik suka sesuatu yg berwarna merah , baju merah lah , shawl merah lah , bag merah lah , bracelet merah lah. Oh rasa nya shra dah jatuh cinta pada warna merah :) By the way , shra ada satu warna yang shra tak suka dari kecil lagi , nak tahu warna apa ? KUNING. entah bagi shra kuning tu mcm penuh kepalsuan , fake , mcm berpura-pura pun ada , aiceh mcm lah warna tu berkata-kata dgn shra hee. tak , tapi itulah apa shra rasa , pendapat masing masing kay. kadang kalau shopping shra try try anything warna kuning , tapi tu lah rasa tak suka je. pernah lah shra pakai juga baju kuning , itu pun terpaksa , baju t-shirt Kadet Polis time kawad dulu :) hihi.

But oneday shra rasa mcm shra nak memiliki satu shawl berwarna kuning , tapi kenapa yea ? hee , shra nak cari kuning yang betul betul boleh buat shra tertawan. Maka tibalah pada suatu hari ni , shra and fatihah and honeydaa buat window shopping yang tak berapa nak window , sbb baru beberapa langkah masuk , dah beli tu beli ni haha. jalan lagi pusing , tiba tiba terpandang kat satu area nie , jual carpet kalau tak silap , bangla. dia jual jugak Pashmina yang colour dia suma WAHH WAHH and WAHH , kalau boleh miliki semua , but shra terpaku melihat Pashmina Kuning dia. Mmg kuning mcm tu shra boleh la nak buat suka suka .yaww sangat best. tapi mahal ! setelah counting punya counting okay dapat lah price yang agak berpatutan walaupun bg shra still mahal , :)

Dengan penukaran hak milik Pashmina dari bangla tu kepada shra , maka shra pun bersuka ria dengan selendang baru nya . . . malas nak citer panjang jom layan gambar :)




Lama lama jadi suka :) tapi pada kuning yang warna mcm ni je lah :) Pernah dengar kan istilah "Tak kenal maka tak cinta " ? Rasa nya sesuai lah pada cerita shra kali ni haha. 

Kawan kawan ada sedikit yang ingin shra kongsi , dalam hidup tak kisah lah dulu ke sekarang ke ataupun pada masa akan datang , mesti ada seseorang yang kita tak berkenan dalam hidup. kan ? kan ? Cuba tanya diri kenapa ? best ke hidup dgn kita membenci orang , orang benci kita , tak best kan ? jadi , kita kena ada muhasabah diri ,  kalau duduk sorang sorang tu cer fikir cer :) cabar diri jadi rendah diri , ikhlas hati utk kita berbaik dgn org yg kita tak suka/org tak suka tu , kalau tak menjadi tak mengapa sekurangnya dah mencuba kan. 

Sebenarnya berapa lama pun kita kenal orang tu , kita tak boleh kenalinya 100% , sbb setiap hari akan ada banyak perkara baru yg kita ketahui. mgkin kita tak perasan. cth nya , yg menunjukkan kita sbnrnya tak kenal dia sepenuhnya adalah apabila tindakan dia , kita sikit pun tak sangka. mcm eh knp dia tak marah , eh knp dia chill je , lebih kurang gitu lah. jadi , berbalik pada cerita tak suka orang tu , cuba buang ego sekejap , dan belajar sabar , orang yang nak belajar jadi penyabar nie sememangnya byk dugaan, kalau kita tak boleh tahan , mean KALAH lahh. entah entah org yg kita benci tu sbnrnya baik , okay je boleh ngam boleh sekepala ke kan ?  Seperti cerita Merah dan Kuning tadi ? :) Tak salah jadi low profile kejap , buang ego , bersabar. tak rugi pape :) malah pahala lagi bersabar tu. Kalau kita pula teraniaya , jangan pula kita membalas , percaya lah orang teraniaya kalau berdoa sesuatu dgn hati ikhlas bkn utk membalas , balasan pada org tu mmg wajar, Percayalah.

Shra berkongsi cerita bukan rekaan atau pandai pandai nak nasihat orang , tapi ini sebenarnya utk mengingati diri shra sendiri juga. Ini pengalaman, Pengalaman shra sendiri. Shra pernah tak suka orang , orang tak suka shra , shra teraniaya , shra ada niat tak baik , semua tu berbalas. Pengajaran shra dapat , kalau nafsu menguasai diri , manusia mmg jatuh. Guna akal  yang diberi , fikir. Fikir panjang , insyallah yang baik baik sahaja hendaknya.


5 years still counting ~~
Pemilik Hati ,
MUHD NASRIQ NAZHA




Tuesday 17 May 2011

Friendship Never End

Friends are forever , it's a love that never dies. True friends are for always , through your smiles and your cries. A friends will never leave you until the end of time. It's a love that last forever. But it never costs a dime.

Nurul Fatihah , thanks for making my life so wonderful :)
mari layan gambar :D

 

and , and , and . . . :D
My First and Last <3
<3 My Barney <3
(nak interframe jugak hee)
My Soopa Doopa BFF ever haha. Pemilik hati lah :D




Gerakan jari , punya makna ? Gigit kuku ?

tahu tak , pergerakan jari boleh mencerminkan personaliti seseorang apabila bermain dengan jari ? kita boleh kenal dia serba sedikit. Nak tahu ? Jom baca. sesuailah kalau nak perhati bf/gf :) haha

MEMATAHKAN JARI JEMARINYA :)
Kalau duduk dengan mereka mereka yang sering mematahkan jari jari , mereka sebenarnya seorang yg GUGUP dan KURANG YAKIN untuk berbicara dgn orang lain. Kurang keyakinan diri adalah masalah utama bila mereka berhadapan dengan orang lain. Namun mereka seorang yang ADIL , baik hati dan SEDIA MEMBANTU sesiapa sahaja.

MENGIGIT KUKU :)
Ouch ! Ini adalah tabiat sesetengah orang. Pantang dibiar mesti nak gigit. Mereka ini seorang KELAM KABUT. Tidak pandai urus masa. sering PELUPA. Mereka juga dilihat gugup apabila berbicara. dan sukar bertentang mata. Mereka juga perahsia. (haish banyak muslihat di belakang ni hee~)

MENONGKAT DAGU :D
Siapa sangka si penongkat dagu ni adalah seorang PENDENGAR YANG SETIA. Jangan risau kerana rahsia selamat ditangan nyaa. Mereka suka mendengar masalah dan cerita teman-teman dan SANGAT SETIA dalam persahabatan.Wah bagus dapat kawan yg tabiatnya sering tongkat dagu ketika mendengar :) Namun mereka jenis CEPAT BOSAN dan KEDEKUT sedikit. Mereka juga seorang jimat cermat.


SUKA LETAKKAN TANGAN ATAS MEJA :)
Mereka sebenarnya 'HAPPY GO LUCKY' dan pandai cuba sesuai diri dgn keadaan.Mereka 'cool' , jarang sekali panas baran.Disenangi ramai , namun mereka agak suka BERGANTUNG PADA ORANG LAIN dan tidak pandai berdikari.

KIta takkan dapat mengenali seseorang sampai akhir hayat pun , semakin lama kita megenalinya , semakin kita rasa kita baru mengenalinya kerana kita akan kenal perangai perangai barunya. Namun kitalah teman yang paling memahaminya :) Praktiskan , cuba kalau kita sedang mendengar mahupun bercakap , cuba perhatikan gerak geri seseorang itu , anda akan nampak sedikit sebanyak perkara yang anda tak pernah nampak dalam dirinya. Ha ' contoh mcm pergerakkan jari ni , ini adalah perkara yang sangat simple dan kadang kita mmg tak perasan pun kan. Dalam diam anda boleh nilai teman kita tanpa disedari :)
gambar sampingan :D btw , i <3 you :D

Sunday 15 May 2011

Semangat Terbakar :)

adab memberi pendapat :) tak semua orang bernasib baik mcm kita , namun jika kita adalah tempat dia meluah perasaan , berkongsi ceritera maka jangan lah kita sesekali buat dia berasa tak selesa dengan nya. sayangi teman teman anda selagi mereka masih ada :) hee. okay . jika dia menceritakan kisah saat jatuhnya dia , jangan lah kita mengesali perkara yang lepas , sementara emosi dia masih okay , just say " okay lah tu , nanti cuba lagi" bagilah kata kata perangsang untuk dia terus ke hadapan. sepatah kata yang men"down"kan dia , berpatah patah hati nya terpatah semangatnya.

mmg lah ada sstgh orang kata "eh saya seorang yg jujur dan sangat berterus terang sy hanya beritahu yang sebetulnya" okay betul lah tu TAPI , cara kena betul , contohnya , terus terang apa yg dia kena buat utk masa akan datang , tanpa mengesali masa lepas , jangan lah , "mcm mana boleh jadi mcm nie ? kenapa kau mcm nie ? mana boleh mcm nie ? comfirm tak boleh nnt" tu lah ayat patah semangat.(bergantung pada situasi) makanya sebelum berkata apa apa fikir dulu , ataupun diam sahaja. kan lebih baik dari buat orang terasa.
nyummyyy :)
Lumrah dunia , kita tak selalu di atas , tak selalu dibawah , makanya jangan anggap orang gagal tu tak boleh berjaya. mcm Kfc punya cerita , Papa Colonel , dulu recipe beliau tak dipandang , atas usaha sendiri tengok , sapa tak kenal KFC ? suma tahu kan ? begitu lah . . . kadang , boleh jadi orang yg gagal itu lebih berjaya dari orang yg mematahkan semangat. tapi , orang yg terpatah semangat tu , banyakkan bersabar , adat lah kalau dah dibawah kan :) bialah manusia tiada yg sempurna. dua dua pihak masing masing kena belajar memahami orang lain :)
Percayalah baik atau buruk semuanya pasti berbalas :) Selamat beramal ! hee :) assalamualaikum~

Tidur . . .

apa perasaan jika tidur kita diganggu ? tak rasa bersalah ke sedar kan orang tidur oleh kerana benda yang ... yang sangat remeh dan ibarat kalau tak dikejotkan pun takpa. Bayangkan kita tengah tidur sedap , kita tgh penat , elok dah dapat tidur yang enak , pupp org kejot suruh tutup tingkap kereta , pupp orang kejot sbb nak cakap terima kasih , pupp orang kejot panggil terlolong sbb nk bg barang yang tak bpe nak penting , geram kan ? sesetengah orang pasti merasa , dari elok okay dengan orang tu terus rasa menyampah. yela mcm geram la , benda nyaaa alahaiii . . contoh suruh tutup tingkap tu , orang lain pun boleh buat kan ?

tak salah rasa nya kalau kita menghormati orang yang tidur. sekurang kurang nyaa kita pun akan dapat balasan mcm tu. dunia ini adil. kalau mmg cara hidup kita jenis tak kisah orang , cakap kuat kuat kelentung kelentang , fikir lah tak semua hidup mcm kita. ada orang tak boleh terima. bayangkan orang dah rasa menyampah tak suka gara gara terkejot dari tidur dgn cara mcm tu ? tak berbaloi kan ? sbb bnda kecil. nak salah kan si tidur , sbb suka amek hal bnda remeh , tak boleh juga , sbb benda ni pun remeh utk si pengejot tu. seboleh nya tak perlu ganggu orang tidur utk benda yg remeh. kesian tau. sebolehnyaa cari lah inisiatif lain :) orang yang tengah tidur ibarat dia sedang berada ditempat lain ,

ohhh dan satu lagi ! kalau kejotkan orang dari tidur , cuba lah panggil nama si tidur baik baik , slow slow , jadi si tidur nak bangun pun sedap hati , bangun tidak teremosi , ya utk panggilan pertama. bila nampak dia dah gerak gerak dah sedar , tapi dia tidur balik , time tu nak kuat kan suara , takpalah sbb time tu si tidur pun pasti boleh terima sbb salah dia yang taknak bangun , sbb tu orang bising. orang yy bangun dari tidur dah teremosi , moody boleh effect sampai beberapa jam , spoil mood . Jadi , cubalah fahami situasi orang lain utk orang pun faham kita. Percayalah baik atau buruk , apa kita buat semua berbalas :) Selamat beramal ! hee :D

Gelabah punya cerita

Yea gelabah / panik tak dapat bantu apa apa. Mungkin hanya menyukarkan lagi keadaan. Cuba tarik nafas , tenang , sabar , relax. Ya , diri sendiri pernah mengalami saat saat panik dimana , setelah syiok berjalan sakan bersama MR.Right huha sana huha sini di Sunway Pyramid , bila nak balik ... uhhh..

pergi parking - masuk kereta - start enjin - tukar gear R - keluar dari parking tiba tiba pupp mati enjin. chill lagi , start elok elok tak hidup. chill lagi sbb dah biasa dah , try start lagi tak hidup lagi , try lagi ' bismillahirahmanirrahim amek kau tak berbunyi terus. oh okay ini sangat relax. lalu terdiam seketika.

Selepas itu , "PIN!!PIN!!PONNN!!PONNNN!!PIN!!PON!!PIN!!PON!! kereta dibelakang membuat pancaragam terhormat dengan alunan rentak yang menyakitkan. Uhh , lalu nafas ditarik sedalam mungkin , dan MR.Right keluar dari kereta jadi pengawal parking tidak berbayar seketika. Macam macam reaksi muka driver driver yg lalu , adalah sedikit laluan memboleh kereta lalu juga utk keluar memandangkan kereta saya telah menganggu perjalanan mereka.

Dalam hati sangat panik , namun saya berjaya mengawal kepanikkan dengan banyak berdiam dan berfikir. sabar , relax, tak lama lepas tu pengawal yang berbayar pun menghadirkan diri secara tiba tiba mungkin kerana alarm kereta yg tak henti henti memecah kesunyian tempat parking.
ikotkan hati gelabah tak terkira , dengan bunyi alarm yg ntah kenapa tknak berhenti , dengan kereta dah ganggu jalan orang , dengan dah nak malam nyaa , dengan dah kena marah dengan ayah nya , dengan kena hadap muka muka kerek orang dalam kereta yg nak lalu tu , mmg sangat menguji kesabaran. pegang je lah istilah , orang yang bersabar mmg banyak dugaan. namun selepas itu pasti kesabaran dapat membuahkan hasil. akhirnya semua settle dengan bantuan mekanik yg taktahu datang dari mana , elok suma selesai , pulanglah dgn selamatnya.

Percaya lah baik atau buruk , apa kita buat semua berbalas ! Bersabar juga , pasti ada yang baik utk kita , malah lagi besar balasannya. Dan lagi baik ingatlah Tuhan itu ada je nak dengar rintihan kita. Selamat beramal ! hee :D

Sierra tiba-tiba rajin :)

gambar takda kena mengena :p
Hye hye . haha. kerna kebosanan tahap melampau bagai katak menanti nyamuk , maka terwujud blog yang tidak diundang ini. Ingin berkongsi cerita , hari hari ada cerita takut sampai ke tidur tidak henti bercerita. tapi sedikit sebanyak blog ini akan dimanfaat ketika keboringan mendatang , kerajinan mengundang :) Nothing special about me , I'm just a simple girl :) Oh lupa nak perkenal diri disebalik nama samar-samaran nya :) Nama diberi Nazatus Sierra Binti Muhammad Sani . Bukan Naz mahu pun Atus , tidak Naza mahu pun Ria , panggil Shiera jangan Nazatus , nanti tak pandang nanti tak sedar :) terberpantun pulak. Saya kaklong dari 3 adik-beradik , sorang adik perempuan , sorang lagi adik lelaki. Adik lelaki sorang mcm ada 10 orang perangainyaa. Okay dah. Rasa mcm dah tak rajin dah :) ketemu lagi , assalamualaikum ~