About Me

My photo
They call me Sierra Sunny. I'm nothing special but I'm limited edition . I'm no model lady. A model's just an imitation of the REAL thing. I am a free human being with an independent will.

Tuesday 17 May 2011

Gerakan jari , punya makna ? Gigit kuku ?

tahu tak , pergerakan jari boleh mencerminkan personaliti seseorang apabila bermain dengan jari ? kita boleh kenal dia serba sedikit. Nak tahu ? Jom baca. sesuailah kalau nak perhati bf/gf :) haha

MEMATAHKAN JARI JEMARINYA :)
Kalau duduk dengan mereka mereka yang sering mematahkan jari jari , mereka sebenarnya seorang yg GUGUP dan KURANG YAKIN untuk berbicara dgn orang lain. Kurang keyakinan diri adalah masalah utama bila mereka berhadapan dengan orang lain. Namun mereka seorang yang ADIL , baik hati dan SEDIA MEMBANTU sesiapa sahaja.

MENGIGIT KUKU :)
Ouch ! Ini adalah tabiat sesetengah orang. Pantang dibiar mesti nak gigit. Mereka ini seorang KELAM KABUT. Tidak pandai urus masa. sering PELUPA. Mereka juga dilihat gugup apabila berbicara. dan sukar bertentang mata. Mereka juga perahsia. (haish banyak muslihat di belakang ni hee~)

MENONGKAT DAGU :D
Siapa sangka si penongkat dagu ni adalah seorang PENDENGAR YANG SETIA. Jangan risau kerana rahsia selamat ditangan nyaa. Mereka suka mendengar masalah dan cerita teman-teman dan SANGAT SETIA dalam persahabatan.Wah bagus dapat kawan yg tabiatnya sering tongkat dagu ketika mendengar :) Namun mereka jenis CEPAT BOSAN dan KEDEKUT sedikit. Mereka juga seorang jimat cermat.


SUKA LETAKKAN TANGAN ATAS MEJA :)
Mereka sebenarnya 'HAPPY GO LUCKY' dan pandai cuba sesuai diri dgn keadaan.Mereka 'cool' , jarang sekali panas baran.Disenangi ramai , namun mereka agak suka BERGANTUNG PADA ORANG LAIN dan tidak pandai berdikari.

KIta takkan dapat mengenali seseorang sampai akhir hayat pun , semakin lama kita megenalinya , semakin kita rasa kita baru mengenalinya kerana kita akan kenal perangai perangai barunya. Namun kitalah teman yang paling memahaminya :) Praktiskan , cuba kalau kita sedang mendengar mahupun bercakap , cuba perhatikan gerak geri seseorang itu , anda akan nampak sedikit sebanyak perkara yang anda tak pernah nampak dalam dirinya. Ha ' contoh mcm pergerakkan jari ni , ini adalah perkara yang sangat simple dan kadang kita mmg tak perasan pun kan. Dalam diam anda boleh nilai teman kita tanpa disedari :)
gambar sampingan :D btw , i <3 you :D

No comments:

Post a Comment