About Me

My photo
They call me Sierra Sunny. I'm nothing special but I'm limited edition . I'm no model lady. A model's just an imitation of the REAL thing. I am a free human being with an independent will.

Sunday 15 May 2011

Gelabah punya cerita

Yea gelabah / panik tak dapat bantu apa apa. Mungkin hanya menyukarkan lagi keadaan. Cuba tarik nafas , tenang , sabar , relax. Ya , diri sendiri pernah mengalami saat saat panik dimana , setelah syiok berjalan sakan bersama MR.Right huha sana huha sini di Sunway Pyramid , bila nak balik ... uhhh..

pergi parking - masuk kereta - start enjin - tukar gear R - keluar dari parking tiba tiba pupp mati enjin. chill lagi , start elok elok tak hidup. chill lagi sbb dah biasa dah , try start lagi tak hidup lagi , try lagi ' bismillahirahmanirrahim amek kau tak berbunyi terus. oh okay ini sangat relax. lalu terdiam seketika.

Selepas itu , "PIN!!PIN!!PONNN!!PONNNN!!PIN!!PON!!PIN!!PON!! kereta dibelakang membuat pancaragam terhormat dengan alunan rentak yang menyakitkan. Uhh , lalu nafas ditarik sedalam mungkin , dan MR.Right keluar dari kereta jadi pengawal parking tidak berbayar seketika. Macam macam reaksi muka driver driver yg lalu , adalah sedikit laluan memboleh kereta lalu juga utk keluar memandangkan kereta saya telah menganggu perjalanan mereka.

Dalam hati sangat panik , namun saya berjaya mengawal kepanikkan dengan banyak berdiam dan berfikir. sabar , relax, tak lama lepas tu pengawal yang berbayar pun menghadirkan diri secara tiba tiba mungkin kerana alarm kereta yg tak henti henti memecah kesunyian tempat parking.
ikotkan hati gelabah tak terkira , dengan bunyi alarm yg ntah kenapa tknak berhenti , dengan kereta dah ganggu jalan orang , dengan dah nak malam nyaa , dengan dah kena marah dengan ayah nya , dengan kena hadap muka muka kerek orang dalam kereta yg nak lalu tu , mmg sangat menguji kesabaran. pegang je lah istilah , orang yang bersabar mmg banyak dugaan. namun selepas itu pasti kesabaran dapat membuahkan hasil. akhirnya semua settle dengan bantuan mekanik yg taktahu datang dari mana , elok suma selesai , pulanglah dgn selamatnya.

Percaya lah baik atau buruk , apa kita buat semua berbalas ! Bersabar juga , pasti ada yang baik utk kita , malah lagi besar balasannya. Dan lagi baik ingatlah Tuhan itu ada je nak dengar rintihan kita. Selamat beramal ! hee :D

No comments:

Post a Comment