About Me

My photo
They call me Sierra Sunny. I'm nothing special but I'm limited edition . I'm no model lady. A model's just an imitation of the REAL thing. I am a free human being with an independent will.

Saturday, 10 December 2011

Hilangkan perasaan itu !

Kenapa begini ? :'( awk , saya tak pernah kan buat awak rasa terganggu , mengapa perlu bercakap tentang saya kawan ? :'( saya tak pandai nak berbalas . tak pandai nak berbalah. Apa kata buang yang keruh ambil yang jernih ? Tak tertekan dan terganggu kah dengan perasaan tak suka lah , benci lah , kan stress ? Think positive. Saya ada hidup saya sendiri , yang tidak mengganggu orang lain. Kalau tak suka , elak kan dari berjumpa , bertemu atau tersempak dgn saya dimana sahaja tak kira dalam alam realiti (luar) ataupun alam maya (fb).

Hye , assalamualaikum :D
Ya , manusia memang sentiasa ada perasaan tidak puas hati. Lumrah kehidupan. Tiada itu , mahukan itu , tiada ini , mahu kan ini. Tak berpuas hati dengan kekurangan diri itu tidak mengapa , sekurang kurang nya ada sedikit usaha dalam peningkatan diri , tapi jika tidak berpuas hati dengan orang , bagaimana pula ? Hermm , mari bual kan :D

Tidak puas hati banyak tafsiran yang boleh dihujahkan. Tak puas hati bab lain boleh dibincangkan , yang bab dengki , iri hati , haihhh mcm mcm sekarang , banyak betul post status talk about other people. Mengapa ? Kadang tersenyum sendiri membacanya , Rasanya lebih bagus buat status diri sendiri , "aku makan ayam hari ini ini" , aku pergi sini hari ini , aku pergi sana haritu , saya buat ini hari , saya buat itu hari tu , ataupun mutiara kata atau unsur nasihat yang boleh di share kan. Berbeza pula yang ini , "wei perempuan kau bla bla bla , wei bf aku tuuu , wei , wei , wei, dan seangkatan dengan nya. Berbeza kan ? Anggapan orang pun lain kan ? Fikirkan :)

"Perempuan" memang tak lari dari perasaan iri hati , dan kadang tu , iri hati itu boleh sampai tahap hasad dengki , gaduh , benci , macam-macam lagi. Let me share. Sbb sierra juga perempuan :) Mungkin boleh jika ada terwujudnya perasaan perasaan syaitan itu , diam kan diri. Berdiam itu lebih baik dari berkata kata. Kadang kata-kata orang beremosi boleh buat orang lain terguris , sedangkan bukan itu makna kita kan ? :) Luah dekat laman sesawang facebook , facebook tidak mampu membantu apa apa pun. Cari someone untuk dengar cerita awak. Lega rasa hati , terpelihara pandangan terhadap diri.

Penat kan perlu benci , geram , marah lama lama , hanya buat diri tertekan , ya sangat kelakar kalau orang tu taktahu pun kita benci , geram , jealous , buat penat kita jee =,=" dalam kata lain " gelabah sorang sorang". orang lain relax je , tak fikir dia pun.

Tak payah lah ada rasa mcm tu. Apakata mcm nie , kalau kita tak puas hati dengan diri kita , kita buat apa ? Kita cuba improve diri kita kan ? Jadi , kalau kita tak puas hati dengan orang yang lebih lebih daripada kita , cuba kita improve diri kita lebih baik dari diri nya. Kan lebih senang ? Hasil pun ada. Takda lah gelabah sorang2 kan ? hee. Bukan tujuan untuk menunjuk , melawan siapa yang lebih baik , bagus semua , tetapi fikir lah ke arah yang lebih positif , baiki kekurangan diri , keyakinan diri , personaliti terjaga , pandangan orang terhadap kita pun bersih ,

Entry kali ini bukan utk sesiapa , mahupun dituju kepada sesiapa , empunya blog ini pun masih banyak kekurangan diri , shra pernah tak suka orang , orang tak suka shra , ada niat tak baik , semua itu berbalas. Sekarang alhamdulillah , semakin matang dengan pengalaman , itu semua mampu dikawal kini. Pengajaran yang shra dapat , kalau nafsu menguasai diri , manusia memang akan jatuh. Guna akal diberi , fikir. Fikir panjang. Insyaallah yang baik baik saja hendaknya. Amin.


Salam ikhlas dari saya Sierra Sunny <3

Tuesday, 6 December 2011

Ops ! Teman Lelaki Psiko ?

gambar hiasan

Bercinta dengan lelaki psiko ? oh tidak ! Bagi yang mempunyai pengalaman bercinta dengan lelaki seperti ini pasti akan berasa serik. Apa tidaknya , kehidupan kamu seperti diselubungi misteri. Apakah kamu sanggup meneruskan hubungan dengan lelaki seperti ini sedangkan kamu tahu apa akibatnya ? Jom kenali lelaki sebegini ! :D

1- Tidak menunjukkan sikap sebenar
Lelaki jenis ini akan cuba memikat kamu dengan menunjukkan 
kebaikannya terlebih dahulu sehingga kamu merasa dialah lelaki 
yang paling sesuai untuk kamu. Pandai pula dia mengambil hati , 
menghulur bantuan sehingga tidak tercuit langsung sikap negatif 
di hadapan kamu. Hati - hati girls :D


2- Manis mulutnya
Alahaiii .. for your information , lelaki jenis ini 
mempunyai sifat manis di mulut. Bak kata orang , 
lembut gigi dari lidah dan kamu boleh terlentok 
dengan setiap patah perkataan dari
 mulutnya. Jangan lah cepat cair mair ~


3- Pandai berlakon
Mereka  mempunyai dua personaliti. Mereka 
boleh berubah watak menjadi yang paling 
penyayang kepada paling agresif.


4- Setiap pergaduhan membawa kecederaan
Si dia selalu curiga dan menuduh kamu 
bukan bukan. Meski pun kamu sudah 
berterus terang dia tidak menerima. 
Si dia juga sudah mula pandai angkat 
tangan. Sepatutnya dia melindungi , 
bukan memperlakukan kamu seperti tu.


5- Maki hamun
Lelaki yang tidak mempunyai 'insurans' 
harus ditinggalkan dengan kadar yang segera ! 
Jika perkataan yang lahir dari bibirnya 
mengandungi unsur kasar , memang sah lah
si dia tu lelaki psiko. 


6- Panas baran
Katakan tidak kepada si panas baran ! 
dia akan melakukan apa saja
 asalkan hatinya puas. Elakkan lelaki seperti ini.


7- Mencederakan diri
Taktik lapuk si dia. Si lelaki psiko pasti 
akan mengugut untuk mencederakan 
diri jika kamu minta dilepaskan. 
Dengan cara ini kamu pasti tidak 
sampai hati. Kerja gila ini.


8- Fikir bukan bukan
Lelaki seperti ini suka membayang kan 
yang bukan bukan , dia akan terus menerus
 berfikir kamu dgn lelaki lain , berfoya
 sana sini , lebih lagi jika kamu tidak
 menghubunginya. Kamu katakanlah
 apa saja yang benarpun mereka 
tetap dengan anggapan mereka.


Kata Penulis : Maka , perlukah teruskan jika tidak bahagia ? hidup untuk cari bahagia. Tetapi , jangan anggap semua lelaki sama , tidak semua lelaki psiko. Jika kamu berhadapan dgn lelaki psiko , psiko dia balik :D

5 Cara Untuk Kamu Tinggalkan Si Dia


1 - Tarik diri dengan cara baik. Mungkin kamu boleh jarakkan diri daripada dia dengan mengurangkan menghubungi atau berjumpa dengannya.

2 - Pastikan kamu tidak memulakan persengketaan untuk melepaskan diri daripada si dia. , mungkin kamu boleh bercakap dengan lembut dan minta si dia memahaminya.

3 - Berikan alasan yang kamu tidak dapat meneruskan perhubungan ini kerana mendapat tentangan keluarga. Cara ini memudahkan kamu untuk tidak meneruskan hubungan dan si dia akan cuba menerimanya dengan baik.

4 - Beritahulah kepada keluarga kamu akan hal ini. Mungkin keluarga kamu mempunyai cara untuk memastikan kamu dengan si dia tidak meneruskan hubungan.

5 - Atau kamu mungkin boleh mendiamkan diri , menukar nombor telefon atau apa saja yang memboleh kan si dia mencari kamu. Boleh memberi ruang untuk si dia melupakan kamu.

Banyak lagi cara yang boleh dilakukan. tetapi apa yang penting , janganlah kamu tinggalkan begitu drastik , si dia juga ada perasaan , walau siapa pun yang salah , tetapi kita pernah hidup bersama kan , suka duka sama sama , jangan lah selepas berpisah anggap si dia mcm tak pernah wujud kan. Buat apa berpisah dengan cara tak baik , dunia ini kecil , kalau tak diselesaikan dengan cara baik , adakah kamu perlu larikan diri daripada nya setiap kali kalau tersempak dimana mana ? just be like other friends. Kenangan itu manis untuk diingati , biar yang gembira mahupun duka. Itu semua anggap kan pengalaman. Think positive. Hidup ini panjang lagi untuk ditempuh :D


"Ratu Twitter yang Kreatif "


Bakat Shila dalam bidangnyanyian tidak dapat disangkal lagi. Ramai peminat diluar sana terhibur dengan klip video Shila Amzah di lama sesawang Youtube. Kata Shila - "sebenarnya Shila buat semua itu untuk suka-suka pada mulanya. Sampai sekarang pun Shila masih memuat naik klip video di Youtube. Tapi Shila buat begitu atas permintaan peminat. Kebanyakan peminat yang suruh sebab ada di kalangan mereka yang jauh misalnya dari Sabah & Sarawak. Maklumlah bila jauh mereka takdapat turun dan mengikuti setiap persembahan Shila. Jadi untuk mengubat duka mereka , Shila dendangkan lagu khas buat mereka di dalam Youtube.


Gelaran "Ratu Twitter" - Dalam media baharu seperti Facebook , Twitter , Youtube dan banyak lagi semakin mendapat perhatian. Bagi Shila sendiri  statusnya sebagai seorang penyanyi bukan penghalang untuk turut bersama mengaktifkan diri dalam laman sosial.
"Shila gilakan Twitter ! Kenapa ? Shila suka tweet orang lain dan buat hashtag. Shila suka layan peminat dalam Twitter sebab mereka pun suka layan saya. Hehehe. Kalau nak tahu Shila sebenarnya diberi gelaran "Ratu Twitter sebab Shila pernah buat 247 tweet dalam masa SEMINIT. 


PROFIL
NAMA PENUH: Nur Shahila Amir Amzah
NAMA KOMERSIAL: Shila Amzah
TARIKH LAHIR: 13 Ogos 1990
USIA: 21 Tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyanyi, duta produk
PENCAPAIAN: Naib Juara One In A Million 2 (OAIM2) 
ALBUM: Sha-hila (EMI 2005), OST 5 Jingga (EMI 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bersama Ning Baizura & Jaclyn Victor - 2011)
SINGLE TERBARU: Patah Seribu (label Urustabil)
TALENTS: Coca-Cola, Walls Cornetto, Colgate, duta Tinge & Safi Balqis Perfect 10


10 perkara tentang Shila yang peminat tidak tahu :D

1 - tidur dengan gitar
2 - Ketagih Twitter !
3 - Suka memasak
4 - Tiada lesen kereta
5 - ada 26 ekor kucing
6 - talkaktive
7 - sudah mencipta 30 buah lagu
8 - berketurunan Jawa
9 - boleh bertutur dalam bahasa Mandarin
10 - cintakan Bruno Mars hehe :D






sumber : Remaja 1 Dis 2011

Monday, 5 December 2011

Hijrah Diana Amir

Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Malah setiap perubahan itu pasti memerlukan satu tekad dan pengorbanan yang besar. Inilah yang dilakukan oleh pelakon kecil molek Diana Amir. Biar pun kerjaya pelakon menuntutnya untuk bergelumamng dengan dunia glamour , namun dia sanggup berkorban dengan mempetaruhkan kerjaya seninya demi melakukan satu penghijrahan dalam hidupnya.

"Saya sentiasa berdoa biarlah perubahan ini berpanjangan dan dari sehari ke sehari saya ingin terus berubah menjadi Muslimah yang sejati." -Diana Amir


"Setiap hari saya terfikir tentang mimpi-mimpi yang saya alami itu. Ia menguatkan lagi tekad saya untuk berubah dan memang benar , kini saya rasa lebih tenang. Bukan itu sahaja , saya juga rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah..." -Diana Amir